GATHERING TELOK BATIK - PROPOSAL

Chalet yang agak unik (RM100++) dengan harga yang mampu dibiayai oleh semua rakan2. Kalau sesiapa yang nak yang lebih 'ekslusif' sila info aku dgn segera, aku booking Marina Cove - RM 300++ per night







Dari kawasan BBQ kita boleh melihat pantai dengan jelas sekali. Ini memudahkan anak-anak untuk bermain sambil kita memasak apa-apa yang patut






Kawasan berteduh disebelah tempat BBQ. Kita akan menyewa kerusi meja untuk tujuan makan dan juga akan berkaraoke. Tak pernah dengar rakan2 menyanyi seumur hidup aku. Yang aku ingat, aku nyanyi dengan DARUS di Kem Tahunan Johor.





Jika anda mahu lebih adventure... bawak khemah dan kelengkapan yang perlu. Anda boleh berkhemah di tepi chalet. Apa macam? Ada berani ke?






Jika rakan-rakan masak tak sedap, chalet juga ada gerai sendiri. Bagi mereka yang allergic dan sudah tidak biasa dengan cara makan masa dalam hutan dulu, boleh lah mencuba nasib disini...





Tempat Snorkelling dan yang lain lain akan di upload tidak lama lagi....

Cadangan: Satu perjumpaan rakan2 X-rotu di Cameron Highland pada 22-25 Disember 2007 ni? Setuju?

Kenangan Bersama setelah 20 tahun tak Jumpa

Kenangan Bersama setelah 20 tahun tak Jumpa
Anda kenal kah rakan2 anda sekarang ini?