Pemergian Saudara AYOB Ke Pangkuan Illahi


Kepada rakan-rakan yang mengenali Saudara AYOB (PRK -masa ROTU) memang agak terkejut mendengar berita ini. Saya pada mlanya tidak percaya kerana rasanya pernah sempat berbual melalui telefon semasa menguruskan perjumpaan yang lepas.

Beliau menyatakan masih timggal di Lunas, dan tidak dapat hadir untuk majlis tersebut dan berjanji akan bersama kita di perjumpaan yang akan datang.

Walaupun beliau Junior kepada saya dan rakan2 lain tetapi sifat beliau yang mudah bergaul membuatkan beliau cepat mesra dan dengan kerajinan dan sifat berdisplin beliau, maka Allahyarham cepat naik pangkat dalam pasukan tersebut.

Terimakasih kepada jurulatih kita En Badry; yang menceritakan perjalanan Alalhyarham kepada saya untuk tatapan rakan rakan.

Menurut En Badry, beliau sekelurga telah berpindah ke Kelantan, kampung tanah tumpah darah beliau sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Alasannya supaya mahu anak2nya mendapat suasana kampung dan dapat menghindar dari gejala sosial yang berlebihan jika beliau terus tinggal di tempat lama. Entahlah... mugkin itu telah ditakdirkan.

Ini mengingatkan saya pada saat kematian dan masih belum rasanya terlewat untuk saya memhon ampun dan maaf kepada rakan-rakan atas sifat , kelakuan, kata-kata saya sepanjang kita sama-sama di Menara Gading tersebut. Jika ada mana-mana hutang saya pada anda yang tidak dapat dihalalkan, diharap boleh memberitahu saya supaya dapat saya membayarnya dengan secepat mungkin atau memaklumkan kepada anak2 saya jika saya mendahului anda semua.

Al-fatihah untuk rakan kita AYOB. Ribuan ampun maaf saya pinta kerana saya tidak sempat berjabat tangan dengan anda meminta maaf. Semoga rohnya berada dikalangan para ambia.


-Hazli@POL

Cadangan: Satu perjumpaan rakan2 X-rotu di Cameron Highland pada 22-25 Disember 2007 ni? Setuju?

Kenangan Bersama setelah 20 tahun tak Jumpa

Kenangan Bersama setelah 20 tahun tak Jumpa
Anda kenal kah rakan2 anda sekarang ini?