Pemergian Saudara AYOB Ke Pangkuan Illahi


Kepada rakan-rakan yang mengenali Saudara AYOB (PRK -masa ROTU) memang agak terkejut mendengar berita ini. Saya pada mlanya tidak percaya kerana rasanya pernah sempat berbual melalui telefon semasa menguruskan perjumpaan yang lepas.

Beliau menyatakan masih timggal di Lunas, dan tidak dapat hadir untuk majlis tersebut dan berjanji akan bersama kita di perjumpaan yang akan datang.

Walaupun beliau Junior kepada saya dan rakan2 lain tetapi sifat beliau yang mudah bergaul membuatkan beliau cepat mesra dan dengan kerajinan dan sifat berdisplin beliau, maka Allahyarham cepat naik pangkat dalam pasukan tersebut.

Terimakasih kepada jurulatih kita En Badry; yang menceritakan perjalanan Alalhyarham kepada saya untuk tatapan rakan rakan.

Menurut En Badry, beliau sekelurga telah berpindah ke Kelantan, kampung tanah tumpah darah beliau sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Alasannya supaya mahu anak2nya mendapat suasana kampung dan dapat menghindar dari gejala sosial yang berlebihan jika beliau terus tinggal di tempat lama. Entahlah... mugkin itu telah ditakdirkan.

Ini mengingatkan saya pada saat kematian dan masih belum rasanya terlewat untuk saya memhon ampun dan maaf kepada rakan-rakan atas sifat , kelakuan, kata-kata saya sepanjang kita sama-sama di Menara Gading tersebut. Jika ada mana-mana hutang saya pada anda yang tidak dapat dihalalkan, diharap boleh memberitahu saya supaya dapat saya membayarnya dengan secepat mungkin atau memaklumkan kepada anak2 saya jika saya mendahului anda semua.

Al-fatihah untuk rakan kita AYOB. Ribuan ampun maaf saya pinta kerana saya tidak sempat berjabat tangan dengan anda meminta maaf. Semoga rohnya berada dikalangan para ambia.


-Hazli@POL

Yang Hadir



Ahmad Kamel (BEWOK)












Kamsani Tuah












Rudaini ...















Hamid












Maslil



Gathering USM PALAPES CLUB

Suggestion date : 25 (Sat) 26 (Sun) 27 (Mon- Deepavali)
Location : Cameron Highland
Target group: All PALAPES team, USM X's, Those related,
Budget : 3 day 2 night - Around RM250 (including sponsoring our coach)
Concept : Open - More to family trip. Tele-match

Interested: Call Hazli (POL)

Gathering Telok Batik Perak

Sebahagian saja gambar. Yang lain akan di upload kemudian




WAN KAMARUL AZRAN












HASLI














Encik Badri.




























Sebahagian dar foto yang di ambil oleh anak-anak aku. Semuanya tak berkaitan dengan gathering. Sori sebab gambar semua tak berjenih...

LOKASI ALUMNI - PERUBAHAN


Disebabkan sesuatu sebab yang tidak dapa dielakkan (chalet tak cukup) saya mengambil keputusan untuk mengubah lokasi lodging ke tempat baru 200m dari tempat lama. Agak sukar juga membuat keputusan tetapi atas dasar tanggungjawab maka saya teruskan juga keputusan saya ini.

Lokasi cuma berbeza tetapi aktiviti tetap sama seperti yang di rancangkan. Kemudahan chalet yang agak tidak nampak kekampungan ini diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Makanan akan kita sediakan atas konsep gotong royong dan diharap semua kawan-kwan sudi untuk mencemar duli untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini


Ada dua scenario lodging yang berbeza... Satu yang memang seperti chalet biasa dan satu lagi yang nampak unik. Kita tidak memilih atau menetapkan dimana anda akan tinggal... tetapi berdasarkan first come first serve.....




Jika anda tidak biasa dengan konsep 'dangau'. Anda boleh memilih konsep rumah batu... Semuanya terletak ditangan anda...


T-Shirt Reunion

Aku tak pakar dalam bidang grafik ni... tapi rasanya T-shirt ni akan berakhir dengan logo ni disebelah depan. Terima kasih MASLIL atas sumbangan anda utuk logo.. Kalau ada komen mintak cepat. Aku dah nak order T-Shirt ni next week.


POL
GATHERING TELOK BATIK - PROPOSAL

Chalet yang agak unik (RM100++) dengan harga yang mampu dibiayai oleh semua rakan2. Kalau sesiapa yang nak yang lebih 'ekslusif' sila info aku dgn segera, aku booking Marina Cove - RM 300++ per night







Dari kawasan BBQ kita boleh melihat pantai dengan jelas sekali. Ini memudahkan anak-anak untuk bermain sambil kita memasak apa-apa yang patut






Kawasan berteduh disebelah tempat BBQ. Kita akan menyewa kerusi meja untuk tujuan makan dan juga akan berkaraoke. Tak pernah dengar rakan2 menyanyi seumur hidup aku. Yang aku ingat, aku nyanyi dengan DARUS di Kem Tahunan Johor.





Jika anda mahu lebih adventure... bawak khemah dan kelengkapan yang perlu. Anda boleh berkhemah di tepi chalet. Apa macam? Ada berani ke?






Jika rakan-rakan masak tak sedap, chalet juga ada gerai sendiri. Bagi mereka yang allergic dan sudah tidak biasa dengan cara makan masa dalam hutan dulu, boleh lah mencuba nasib disini...





Tempat Snorkelling dan yang lain lain akan di upload tidak lama lagi....

Perjumpaan kembali rakan-rakan USM - Telok Batik

Tarikh:
24 & 25 Mei 2008
Konsep:
Self management, bekal bawak sendiri, masak sama sama., Aktiviti plan ad-hoc
Ration/peralatan:
Bawak sendiri - kalau nak penyelaras belikan, sila nyatakan barang yang diperlukan dan sertakan $$$ sekali.
Cadangan Aktiviti :
1. Snorkelling
2. Melawat Muzium Siput
3. Berkhemah
4. Camp Fire
5. BBQ
6. Karaoke
7. Berkelah
8. Memancing
9. Berenang
10. Jet ski

kepada yang masih berminat nak jumpa rakan-rakan lama anda, sila beri nama kepada Hasli atau POL dengan segera. Penyertaan dibuka sekarang

- POL
Assalamualaikom rakan-rakan lama ku yang membaca artikel di blog ini. Seronok jugak rasanya jika dapat berkumpul sekali lagi, mengingati kisah-kisah lama semasa kita muda remaja dahulu. Masik teringat dengan Koperal (sarjan) Arshad penjaga stor senjata kita. Masihkah ingat kepada Sarjan Baharom yang menjaga kita juga masih ingat kah kita dengan filem Ali Setan yang box office satu masa dahulu.

Berpangkal kepada ini, saya secara sukarela menawarkan diri menjadi organizer untuk menyatukan kita semua kembali. Membicarakan kisah kisah nakal kita dahulu di VC juga di Batu Ferenghi. Jadi program kita kali ini adalah di Cameron Highland.

Perancangannya adalah menyewa apartment dan kita sama-sama bergotong royong untuk memasak. Apa yang saya risik, sewa sebanyak Rm250 satu hari untuk satu apatment 3 bilik disekitar Tanah Rata.

Jadi, saya tidak memaksa, jika anda ingin saya bantu mendapatkan apartment tersebut, sila hubungi saya dengan kadar segera, selewat-lewatnya 30/11/2007. Tarikh perjumpaan:- 22/12/2007 - 24/12/2007.


POL/HAZLI 019-5958844

Tentatif Program di Cameron - 22 - 25/12/2007

Itinerary:
1- Check in the Apartment 3 bilik - kongsi atau satu family
2- Masak-memasak bersama untuk makan tengahari
3.- Petang - Marayau-rayau di Brincang/ Tanah Rata/ Kg Raja - wife shopping. Hubby- main golf/sembang kisah lama.
4. Malam - karaoke/BBQ - semua buat sendiri di apartment.
5. Pagi besok- Sarapan - Sandwich atau apa2 yang lebih malam tadi buat makanan - kan hangpa semua ROTU. Napoh dahan pun tibai...hehehe
6. Bergambar kenangan - Bersurai- Beli sayoq, strawberry, cendera hati. ** Amaran: Harga barang2 tersebut lebih murah di TESCO lagi**

7. Boleh cerita dengan kawan-kawan lain kita ada gathering ROTU/USM kali ke 2. Bincang siapa nak buat untuk kali ke 3


Sebarang cadangan boleh di kemukakan di meja pertanyaan. - POL: 019-5958844

Majlis Perjumpaan Semula Bekas PALAPES 85-88

Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Walaupun tak semua program dapat dilaksanakan tetapi sudah kira agak baik kerana dapat mengembalikan nostalgia zaman bergelar tentera dimasa lampau.
Kehadiran jurulatih juga telah menaikkan lagi semangat rakan-rakan untuk berkumpul semula dimasa hadapan. Terimkasih juga pada rakan-rakan yang datang dan rakan-rakan yang memberi sumbangan dalam program ini. Tanpa sokongan anda, tidak bermaknalah majlis ini
Seramai 16 bekas kadet menghadirkan diri bermalam & tak bermalam dilokasi। Kenangan dimasa lampau mengimbau kembali betapa payahnya bergelar tentera, berbeza dengan suasana kini yang agak mewah dan santai.
dapat jugalah berkenalan dengan ahli keluarga kadet-kadet yang telah 18 tahun ditinggalkan. Memasing dengan karenah memasing.
Tidak juga dapat dinyatakan bagaimana perasaan kawan2 dapat berjumpa semula. Apa yg dapat saya katakan adalah ini suatu yang harus diteruskan dimasa hadapan.

welcome note

Hari Keluarga PALAPES USM 7500xxx- 13/03/2007

BERIKUT ADALAH PROGRAM YANG DIRANCANGKAN

1. Lodging - Havard Suasana Resort Kedah
2. BBQ/Dinner - Bandar Laguna Clubhouse Kedah
3. Event - PaintBall - Cinta Sayang Resort Kedah
4. Kids/Other - Water Park (The Carnival)- Kedah

Senarai bilik adalah seperti berikut:

1. Katil Single 2 buah - 30 unit
2. Katil Double 1 buah - 20 unit

Tempahan berdasarkan FIRST COME FIRST SERVE. Sila buat bayaran deposit (akan di nyatakan akaun mana patut di depositkan) dengan menyatakan bilik yang dikehendaki berseta dengan bilangan ahli keluarga. Kami hanya dapat menyediakan 50 bilik sahaja jadi, jangan lengah-lengah lagi.

Nama - Jumlah keluarga/ Lodging/(Double/Single) bed/ Deposit Paid/Others (extra bed... etc)

1- Hazli(pol)- 5/YES/Double/No/No
2- Hasli -
3. Khalid -
4. Tok Din -
5.
6.
dan seterusnya sehingga 50 bilik habis

Aturcara Program

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil bagi tujuan perjumpaan ini.

BILIK-BILIK RESORT

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting


BILIK MAKAN

Photobucket - Video and Image Hosting

BILIK MESYUARAT

Photobucket - Video and Image Hosting

WATER WORLD - THE CARNIVAL

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

PAINT BALL - Bila masa nak tembak kawan lagi.. ni laa time nya.....!!

Photobucket - Video and Image Hosting



Semoga perjumpaan ini dapat mengembalikan semula nostalgia yang telah kita alami hampir 20 tahun yang lepas....

Gambar terkumpul - Pencarian berhasil

Gambar GOH CHOON POH , Tokey pasaraya HARI-HARI di Jitra

Photobucket - Video and Image Hosting

GOH & TOK DIN
Photobucket - Video and Image Hosting

MAHADET (CHE DET) - tak dpat jumpa.. dapat gambar kedai dia jer...
Photobucket - Video and Image Hosting


Anda masih ingat Koperal Arshad? Pak Chat yang jaga stor senjata???

Ini lah pakchat pada 24/12/2006

Photobucket - Video and Image Hosting



Ini Sarjan Yussof - 4 bulan terakhir jer dia ambik parade.

Photobucket - Video and Image Hosting


Ni pulak Sarjan Arshad - Menggantikan Pak Chat asal (stor senjata) setelah beliau di naik kan ke sarjan) -- Yang ni pulak suami pada Maznah..

Photobucket - Video and Image Hosting


Yang ni pulak Hasli (bukan jurulatih hehehee... ...) Kami tengah manage untuk dapatkan fasiliti paint ball... Sure perjumpaan kali ini menarik kan?


Photobucket - Video and Image Hosting

Cadangan: Satu perjumpaan rakan2 X-rotu di Cameron Highland pada 22-25 Disember 2007 ni? Setuju?

Kenangan Bersama setelah 20 tahun tak Jumpa

Kenangan Bersama setelah 20 tahun tak Jumpa
Anda kenal kah rakan2 anda sekarang ini?